Nuffnamg

Sunday, July 28, 2013

Video Klip Petronas 1434H

KUDRAT MEMBAWA BERKAT


Itulah tema video klip petronas pada tahun ini. Tontoni klip tersebut di sini

Thursday, June 27, 2013

PELUANG KERJAYA

PERMOHONAN UNTUK MENGISI PERJAWATAN HAKIKI SEBAGAI SISC+ DAN SIPARTNERS+ SEPENUH MASA DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD)

15 May 2013
Makluman kepada semua guru Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah menengah dan rendah seluruh negara.
Permohonan untuk mengisi perjawatan hakiki sebagai SISC+ dan SIPartners+ sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Kepada mereka yang berminat sila isi borang permohonan dan  serahkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) tuan/puan. Untuk sebarang kemusykilan sila emelkan ke alamat dtpbpsh2013@gmail.com atau boleh hantarkan pertanyaan secara online. Klik Disini.
Harap maklum.
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Friday, February 8, 2013

Kurikulum Baharu mulai 2016


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Semakan Semula (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara.

Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.

Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum.

Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata.

Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat.

Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombang satu (2012-2015) iaitu fasa persediaan, gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran.

Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian akan memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem penyampaian.

"Kementerian sedar masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan kedua-dua aspek kurikulum baru ini, untuk itu gelombang pertama transformasi pendidikan akan memberi tumpuan kepada inisiatif jangka pendek.

"Ia bagi memastikan kurikulum bertulis, kurikulum yang diajar dan kurikulum pentaksiran dapat ditambah baik selain meletakkan asas kepada perubahan fundamental sebelum gelombang kedua dan ketiga dilaksana dan dikaji semula untuk melihat tahap pencapaian," jelas laporan itu.

- UTUSAN

Higher Order Thinking Skills




Monday, February 4, 2013

Bantuan Lesen 1 Malaysia



BL1M (BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA) diilhamkan oleh SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar) pada awal tahun 2012 dan telah memulakan program perintisnya pada 6hb April 2012 dan tamat pada 6hb September 2012 di PEKAN , PAHANG bersama KELAB KAWAN.

Dalam program perintis ini, kami mendapati banyak isu-isu berhubung dengan lesen dan berpendapat bahawa ada baiknya jika program ini dapat dilaksanakan di seluruh negara.

Program ini telah diberi pengiktirafan sebagai Program Nasional yang akan dilaksanakan apabila ianya diumumkan oleh YB. Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO MALAYSIA semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Kajian SHEB mendapati dalam tempoh 10 tahun lebih 200,000 orang telah didapati bersalah memandu tanpa lesen. Angka ini dalam realiti lebih besar memandangkan masyarakat memandang remeh dalam konteks ini serta kurang kesedaran bahaya menunggang tanpa lesen.

FAKTA BL1M
  • Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
  • Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40
  • Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
  • Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.
  • Akan berjalan serentak setelah dirasmikan
  • Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali

Saturday, December 15, 2012

Semakan Permohonan Tingkatan 1 SBP 2013



Bagi yang tertunggu bilakah keputusan dan semakan secara online Tingkatan 1 Sekolah berasrama Penuh SBP tahun 2013. Pengumuman dan semakan akan dibuka tidak lama lagi iaitu dalam bulan disember 2012 ini. Keputusan dijangka akan boleh diketahui melalui semakan online selewatnya pada16 Disember 2012.



Menurut Sumber, tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) menerima sebanyak 105,357 permohonan kemasukan ke tingkatan 1 di 66 buah SBP bagi tahun kemasukan 2013. Sebanyak 62,338 pemohon adalah murid perempuan dan selebihnya iaitu 43,019 pemohon adalah murid lelaki.


Jumlah layak dan diterima


Dari jumlah permohonan, seramai 7710 murid dipilih dan akan ditempatkan di tingkatan 1 SBP tahun 2013. Dari jumlah tersebut 3645 adalah murid perempuan dan 4065 tempat adalah disediakan untuk murid lelaki.

Dasar pengambilan murid ke SBP dengan memberi keutamaan murid berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Oleh itu sebanyak 5397 iaitu 70% permohonan diterima adalah dari murid-murid berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar.

Info Penerimaan Permohonan

Murid warganegara Malaysia dan mencapai 5A dalam UPSR adalah dipertimbangkan, walaubagaimanapun seramai 2313 ( 30% ) adalah mendapat sekurangnya 3A 2B diterima kerana berasal dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan 
( Kumpulan Miskin Tegar )

Semakan Online dan SMS

Selewat-lewatnya 16 Disember 2012 ini semakan dan keterangan lanjut boleh dibuat secara atas talian dengan melayari web Kementerian Pelajaran Malaysia dan SMS. Pihak kami juga akan sebarkan berita semakan ini apabila ia dikeluarkan nanti. Sumber :- KPM

Wednesday, November 21, 2012

Ke mana Selepas UPSR 2012


Berikut dikumpulkan pautan berkaitan Syarat Kemasukan dan Permohonan Online beberapa tempat pengajian yang dapat disediakan oleh admin.

1.  Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
     Syarat Kemasukan     Permohonan Online

2.  Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
     Syarat Kemasukan     Permohonan Online

3.  Sekolah Sekolah Agama


Tuesday, November 20, 2012

PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 4 IMTIAZ SESI 2012




Tahniah kepada calon yang berjaya. Sila muat turun Panduan Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 IMTIAZ Sesi 2012 melalui capaian di bawah dan sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.


PERMOHONAN KEMASUKAN KE TING 1 SEK MEN IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU 2013



PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU (1) 
SEKOLAH MENENGAH imtiaz YAYASAN TERENGGANU
-- TAHUN 2013 --
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Terengganu atau telah bermastautin di Terengganu yang mendapat 5A Sahaja dalam Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 untuk kemasukan ke tingkatan satu tahun 2013 :-
1. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Besut
2. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Dungun
3. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang
4. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
5. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman

Permohonan secara ‘on-line’ melalui laman web www.myimtiaz.com.my atau www.ytrg.terengganu.gov.my , setelah keputusan UPSR 2012 diumumkan.Tarikh tutup permohonan 10 hari selepas keputusan UPSR 2012 diumumkan secara rasmi.
Syarat-syarat kemasukan:-
    1. Permohonan mestilah warganegara Malaysia
    2. Permohonan perlulah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2012.
    3. Permohonan merupakan Anak Terengganu.
        a.  Bapa atau/dan ibu lahir di Terengganu ATAU
        b.  Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun  
      dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
  4. Pelajar yang bukan anak Terengganu boleh juga memohon tetapi keputusan adalah bergantung kepada peruntukankouta 10% untuk pelajar bukan anak  Terengganu.
    5. Lulus dalam sesi temuduga.
Permohonan `on-line’ boleh dibuat di setiap Sekolah Menengah imtiaz, Pusat Bestari.Comm di DUN masing-masing ,
Calon yang layak memohon awal (Pre-Online) untuk dapatkan ID bolehlah menggunakan keputusan percubaan UPSR 5A atau 4A 1B. Keputusan sebenar perlu dikemaskini dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan UPSR diumumkan.
Penempatan pelajar ke Sekolah-sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu adalah berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu
Calon yang tidak Pre-Online tetapi mendapat 5A UPSR 2012 layak memohon dalam tempoh 10 hari keputusan UPSR diumumkan.

UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI:

BAHAGIAN PENGURUSAN IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU
Tingkat Tiga, Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu
Tel: 09-6221733 Faks: 09-6232944

(*) Temuduga akan dibuat kepada semua pelajar yang memilih untuk memasuki sekolah ini.
(Kehadiran dan komitmen Ibu bapa / penjaga juga diambil kira dalam pemilihan pelajar)
”ULUL ALBAB MENCIPTA ZAMAN”


Wednesday, November 14, 2012

Semakan Keputusan UPSR 19 November 2012 Guna sms

Semakan keputusan UPSR 19 November 2012 guna SMS

Selain mendapatkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menerusi sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari tersebut,calon boleh membuat semakan keputusan melalui perkhidmatan sistem mySMS 15888

Keputusan boleh disemak menggunakan SMS  pada 19 November ini mulai jam 10 pagi sehingga jam 11.59 malam,25 November 2012

Format penghantaran sms adalah seperti berikut

Taipkan

UPSR (Angka giliran) dan sms ke 15888




Contoh

UPSR AZ1211221 sms ke 15888

Ataupun rujuk cara penghantaran semakan pada gambar dibawah

my sms keputusan upsr 2012 semakan keputusan upsr 19 november 2012 guna sms

Semakan Panggilan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan Tahun 2013


Semakan keputusan secara online (atas talian) nama calon yang berjaya di temuduga bagi mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI-SR) j-QAF Mod LPBS Ambilan Tahun 2013 (sebelum ini dikenali sebagai Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF)
Semakan boleh dibuat mulai 12 November 2012

semakan temuduga dpli sr jqaf 2013 semakan panggilan temuduga dpli sr jqaf 2013

Contoh paparan aplikasi semakan

Untuk mengetahui keputusan panggilan temuduga,calon perlu membuat semakan dengan melayari aplikasi permohonan program penguruan Kementerian Pelajaran Malaysia,klik pada tajuk pautan yang disertakan


Thursday, October 18, 2012

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2013


Permohonan Program Matrikulasi 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka permohonan kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014 mulai 1 Julai 2012 yang lalu. Para pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 boleh memohon untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM ini.

Jurusan/Aliran Program Matrikulasi

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan jurusan dan aliran berikut :
Permohonan Program Matrikulasi
  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

Jangka Masa Program

Program Matrikulasi KPM akan mengambil masa;
  1. Dua semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
  2. Empat semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

Pengambilan Pelajar

Pengambilan pelajar dibuat seperti berikut;
  1. Pada bulan Mei bagi PST.
  2. Pada bulan Jun bagi PDT.

Kelayakan Memohon Program Matrikulasi

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon adalah pelajar bumiputera yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2013.
  3. Pelajar bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon.
  4. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2012.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

Kelayakan Minimum Akademik PST

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

Aliran Teknikal (M007)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik dan Lukisan Kejuruteraan
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan

Kelayakan Minimum Akademik PDT



Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) ialah seperti berikut :

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Mata Merit Permohonan Matrikulasi

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan. Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi. Pengiraan merit mengambil kira 90% akademik dan 10% kokurikulum.
Sila buat search “mata merit matrikulasi” dan baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya. Mereka yang gagal mendapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun ada kemungkinan akan dipertimbangkan bagi mengikuti Program Matrikukasi Dua Tahun.

Cara Memohon Program Matrikulasi

Permohonan ke Program Matrikulasi boleh dibuat melalui permohonan melalui internet (PMI). Sebelum mengisi borang permohonan, pemohon perlu mempunyai Nombor Pengenalan Individu (NPI) yang boleh diperolehi di mana – mana cawangan BSN dengan bayaran RM6.00.
Pemohon boleh juga mendapatkan nombor ini melalui guru atau kaunselor sekolah.
Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut;


Sila rujuk juga pautan berikut untuk maklumat tambahan;


Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi 2013 pada 10 Oktober 2012 telah dilanjutkan kepada 30 November 2012.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

Semakan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2013 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2013 untuk mengetahui status permohonan.

Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi

Surat tawaran perlu dicetak sendiri oleh calon yang berjaya dan membawanya bersama semasa mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh yang ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut mengenai surat tawaran dengan menghubungi terus kolej yang ditawarkan.

Penempatan Kolej Matrikulasi

Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila rujuk senarai Kolej Matrikulasi dan pautan ke laman web mereka di Program Matrikulasi KPM

Rayuan Permohonan Matrikulasi

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2013 nanti. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

Pertanyaan

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau Program Matrikulasi KPM atau hubungi Sektor Hal Ehwal Pelajar Matrikulasi di talian telefon 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028.

  • Anda boleh juga datang sendiri ke Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Aras 6 – 7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Wednesday, October 17, 2012

SEMAKAN PLKN 2013 SIRI 10


Infosemakan PLKN Online 2013ini adalah bagi Program LatihanKhidmat Negara tahun 2013. SemakanPLKN 2013untuk siri 10 ini boleh disemak secara online bagi mereka yang berkaitan dan semestinya perlu menghadirkan diri kecuali yang betul-betul bersebab melalui pengesahan dari institusi yang ditetapkan. Untuk membuat semakan nama calon PLKN 2013 ini calon boleh membuat semakan secara online menurut 3 pautan yang disertakan melalui laman rasmi Khidmat Negara .

Cara membuat semakan PLKN 2013

Untuk membuat semakan boleh terus ke pautan dibawah :


Diharapkan bagi yang ingin menyertai PLKN dapat ditawarkan. Bagi yang tidak berminat tetapi namanya tersenarai perlulah menerimanya dengan hati terbuka dan bersedia belajar untuk menyesuaikan diri ketika PLKN nanti. Bagi yang mempunyai masalah tidak dapat menyertai PLKN, bolehlah membuat rayuan melalui borang yang disediakan di Portal Rasmi PLKN ataupun boleh belajar prosedur membuat rayuan melalui maklumat kami sebelum ini. Semoga Semakan PLKN 2013 ini membantu sedikit sebanyak maklumat calon-calon PLKN 2013. Selamat mengikuti Program PLKN 2013.


Sumber :Semakan PLKN 2013 Siri 10 Khidmat Negara

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013

Permohonan ke Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik





Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dan berminat menyambung pembelajaran di tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2013 bolehlah membuat permohonan sekarang.


Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menyediakan 4 aliran utama;
  • Pendidikan Teknikal
  • Pendidikan Vokasional
  • Latihan Kemahiran
  • Pendidikan Asas Vokasional

Pendidikan Teknikal

Bidang teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universitipoliteknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran teknikal menyediakan 5 kumpulan pakej kursus iaitu;
  1. Kejuruteraan Mekanikal
  2. Kejuruteraan Awam
  3. Kejuruteraan Elektrik
  4. Perdagangan
  5. Sains Pertanian.

Pendidikan Vokasional

Pendidikan vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Pendidikan vokasional menyediakan 7 kumpulan kursus iaitu;
  1. Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  2. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
  3. Teknologi Kejuruteraan Awam
  4. Hospitaliti
  5. Perniagaan
  6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  7. Pertanian

Latihan Kemahiran

Latihan kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Latihan kemahiran menyediakan 18 pakej kursus iaitu;
  1. Pemesin Am
  2. Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
  3. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
  4. Juruteknik Automotif
  5. Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
  6. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  7. Furniture Maker
  8. Jurubina Bangunan
  9. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
  10. Jurupaip
  11. Juruteknik Elektrik
  12. Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
  13. Demi Chef
  14. Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
  15. Pendandan Rambut
  16. Jurukecantikan
  17. Juruteknik Akuakultur
  18. Pekerja Ladang Pertanian

Pendidikan Asas Vokasional

Kursus Rintis Program Pendidikan Asas Vokasional pula dijalankan di 15 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan menawarkan 11 kursus.
Kursus yang ditawarkan adalah Pakaian dan Jahitan, Menservis Motosikal, Membuat Perabot, Automotif, Tanaman, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penyediaan dan Penyajian Makanan, Akuakultur, Pendawaian Elektrik, Hiasan Dalaman, Visual dan Animasi

Senarai Kolej, Sekolah & Kursus

Sila rujuk Unjuran Kolej, Sekolah & Kursus untuk menyemak kursus yang ditawarkan di setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah:
    • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
    • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
  • Kesihatan diri pemohon:
    • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
    • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

Syarat Khusus

  • Pendidikan Teknikal – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Pendidikan Vokasional
    • Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    • Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    • Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Latihan Kemahiran – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.
Maklumat lebih terperinci sila rujuk Syarat Khusus SMT & KV

Permohonan

  • Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:
    1. Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 .
    2. Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.
  • Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.

Temuduga

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2012 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 adalah pada 30 Disember 2012.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula.

Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melalui online atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.

Pertanyaan & Maklumat



Baca di: http://eputra.com/permohonan-sekolah-menengah-teknik-dan-kolej-vokasional-2013/#ixzz29UAGxf5y
Under Creative Commons License: Attribution
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...