Nuffnamg

Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013

Permohonan ke Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik





Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dan berminat menyambung pembelajaran di tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2013 bolehlah membuat permohonan sekarang.


Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menyediakan 4 aliran utama;
  • Pendidikan Teknikal
  • Pendidikan Vokasional
  • Latihan Kemahiran
  • Pendidikan Asas Vokasional

Pendidikan Teknikal

Bidang teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universitipoliteknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran teknikal menyediakan 5 kumpulan pakej kursus iaitu;
  1. Kejuruteraan Mekanikal
  2. Kejuruteraan Awam
  3. Kejuruteraan Elektrik
  4. Perdagangan
  5. Sains Pertanian.

Pendidikan Vokasional

Pendidikan vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Pendidikan vokasional menyediakan 7 kumpulan kursus iaitu;
  1. Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  2. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
  3. Teknologi Kejuruteraan Awam
  4. Hospitaliti
  5. Perniagaan
  6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  7. Pertanian

Latihan Kemahiran

Latihan kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Latihan kemahiran menyediakan 18 pakej kursus iaitu;
  1. Pemesin Am
  2. Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
  3. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
  4. Juruteknik Automotif
  5. Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
  6. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  7. Furniture Maker
  8. Jurubina Bangunan
  9. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
  10. Jurupaip
  11. Juruteknik Elektrik
  12. Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
  13. Demi Chef
  14. Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
  15. Pendandan Rambut
  16. Jurukecantikan
  17. Juruteknik Akuakultur
  18. Pekerja Ladang Pertanian

Pendidikan Asas Vokasional

Kursus Rintis Program Pendidikan Asas Vokasional pula dijalankan di 15 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan menawarkan 11 kursus.
Kursus yang ditawarkan adalah Pakaian dan Jahitan, Menservis Motosikal, Membuat Perabot, Automotif, Tanaman, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penyediaan dan Penyajian Makanan, Akuakultur, Pendawaian Elektrik, Hiasan Dalaman, Visual dan Animasi

Senarai Kolej, Sekolah & Kursus

Sila rujuk Unjuran Kolej, Sekolah & Kursus untuk menyemak kursus yang ditawarkan di setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah:
    • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
    • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
  • Kesihatan diri pemohon:
    • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
    • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

Syarat Khusus

  • Pendidikan Teknikal – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Pendidikan Vokasional
    • Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    • Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    • Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Latihan Kemahiran – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.
Maklumat lebih terperinci sila rujuk Syarat Khusus SMT & KV

Permohonan

  • Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:
    1. Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 .
    2. Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.
  • Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.

Temuduga

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2012 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 adalah pada 30 Disember 2012.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula.

Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melalui online atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.

Pertanyaan & Maklumat



Baca di: http://eputra.com/permohonan-sekolah-menengah-teknik-dan-kolej-vokasional-2013/#ixzz29UAGxf5y
Under Creative Commons License: Attribution

Thursday, October 4, 2012

Semakan calon layak Temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2013


Adalah dimaklumkan bahawa semakan calon layak temudugaBiasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2013 boleh mula disemak mulai 24 September 2012 (Isnin) melalui url http://apps.moe.gov.my/ehlp/temuduga/

Permohonan SBP Tingkatan 1 2013 Sekolah Berasrama Penuh Sumber: Permohonan SBP Tingkatan 1 2013 Sekolah Berasrama Penuh

Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tingkatan 1 tahun 2013 secara online akan dibuka mulai 15 September ini. Permohonan ini dibuka kepada semua calon UPSR 2012. Permohonan ke SBP ini akan dilaksanakan secara online yang akan bermula 15 September 2012 sehingga 31 Oktober 2012. Satu taklimat khas kepada Guru Besar, Pengetua dan GPK Hem masing-masing akan disampaikan nanti oleh JPN dan PPD.

Permohonan SBP Tingkatan 1 2013

Permohonan SBP Tingkatan 1 Tahun 2012 Secara Online

Permohonan boleh dibuat dengan melayari http://parents.sekolahmalaysia.com/ mulai 15 September ini. Applikasi permohonan akan dibuka pada tarikh tersebut.
Untuk panduan memohon, sila layari Panduan Permohonan SBP

Syarat Kelayakan Minimum Kemasukan SBP Tingkatan 1
Mendapat 4A Dan 1B dan subjek wajib mendapat A adalah Bahasa Melayu, Matematik, Sains Dan Bahasa Inggeris

Rujuk Syarat Baru Kemasukan Ke SBP

Syarat baru kemasukan ke sekolah menengah sains atau berasrama penuh bagi tahun 2012 nanti. Kementerian Pelajaran menggubal syarat baru kelayakan minimum kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu keputusan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) 3A 2B bagi murid daripada keluarga miskin dan 4A 1B bagi murid luar bandar, mulai tahun depan.

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata syarat baru itu bertujuan membantu dua kategori murid itu mendapat pembelajaran yang lebih sempurna dan memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP.
“Matlamat utama adalah supaya murid-murid ini akan mendapat kelulusan pada peringkat tertinggi dan mampu untuk merubah taraf hidup keluarga mereka ke arah kehidupan yang lebih berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan Jumaat.
Antara kriteria pemilihan murid ke SBP sebelum ini ialah keputusan 5A dalam UPSR dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Muhyiddin berkata kementerian sedar murid-murid daripada keluarga miskin dan murid dari sekolah luar bandar ramai yang ketinggalan dan kurang mampu untuk mendapatkan bantuan seperti kelas tambahan berbayar selain ada yang tidak dapatmenumpukan kepada masa pembelajaran yang sempurna kerana hidup keluarga yang susah.
“Kementerian juga mendapati pendedahan kelompok ini kepada pembelajaran am dan dunia luar amat terhad disebabkan oleh kedudukan rumah, sekolah dan keluarga mereka yang kurang mampu,” katanya.
Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran sentiasa memikirkan dan mengambil langkah untuk membantu para pelajar yang tidak berkemampuan dan yang ketinggalan seperti pelajar miskin dan pelajar di luar bandar.
Menurut kenyataan itu, pelajar miskin dikategorikan berdasarkan pendapatan keluarga yang merujuk kepada ketetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Mengikut Wilayah 2007 iaitu sebanyak RM720 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, RM960 sebulan bagi Sabah dan Labuan serta RM830 sebulan bagi Sarawak.
Menurut data lokasi sekolah Kementerian Pelajaran, sebanyak 4,319 sekolah rendah dikategorikan sebagai lokasi luar bandar manakala 830 buah lokasi pedalaman. – BERNAMA

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2013



Permohonan MRSM 2013 bagi Tingkatan 4 akan dibuka pada awal bulan oktober ini. Semua calon PMR tahun ini boleh memohon secara online pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu 1 Oktober 2012. Berikut adalah syarat dan panduan calon membuat permohonan MRSM.


Permohonan kemasukan ke MRSM 2013


Semenanjung Malaysia Syarat Permohonan MRSM 2013 Tingkatan 4

Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia
Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM
Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains
Sabah Dan Sarawak
Syarat kemasukan bagi sabah dan sarawak adalah berbeza sama sekali. Untuk melihat syarat terperinci kemasukan calon dari sabah dan sarawak, sila layari SYARAT MRSM SABAH & SARAWAK


Cara Buat Permohonan MRSM 2013

1.  Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah
atau Maktab  Rendah  Sains MARA mulai  1  hingga  19  Oktober  2012.  Pemohon  boleh mengisi  borang
permohonan secara online mulai tarikh tersebut.
2.  Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2012 yang disahkan benar
serta angka giliran PMR 2012, semasa mendapatkan kata laluan.
3.  Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan secara online dan
memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4.  Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2013)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.
Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang MARA mulai 1 Oktober 2012 ini.

Tarikh Tutup
Tarikh tamat permohonan adalah pada 19 Oktober 2012 ini. Semakan keputusan MRSM boleh disemakan mulai februari 2013.


Sumber: Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2013 | melvister.com 

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2013



Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 sesi 2013. Pihak MARA mempelawa semua pelajar atau calon lepasan UPSR untuk mengemukakan permohonan Maktab Rendah Sains Mara bagi yang berkelayakan. Perlu diingatkan bahawa borang MARA akan dapat diakses setelah keputusan UPSR 2012 diumumkan pada bulan november nanti.
permohonan mrsm 2013
Bila Permohonan MRSM Tingkatan 1 Dibuka
Permohonan ke MRSM akan dibuka pada sebaik sahaja keputusan UPSR 2012 diumumkan secara rasmi.
Cara Permohonan kemasukan MSRM Tingkatan 1 2013
Dapatkan Nombor Pin / Kata Laluan
1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara  Negeri atau Daerah atau MRSM yang berdekatan untuk mendapatkan kata laluan secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2012 diumumkan secara rasmi.
2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2012 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
Cara Isi Borang Online
1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
3.Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
Permohonan ke Tingkatan Satu,
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19,
Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
4. Borang juga boleh dihantar di Pejabat MARA daerah atau negeri yang terdekat.

Incoming search terms:

  • Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1
  • permohonan mara tingkatan 1 2013
  • alamat mrsm tingkatan 1 2013
  • permohonan mrsm tingkatan satu 2013
  • kemasukan ke mara 2013
  • kemasukan mara 2013
  • borang kemasukkan ke mrsm 2013
  • permohonan tingkatan 1 mara 2013
  • permohonan ting 1 2013
  • kemasukan pelajar tingkatan 1 ke mrsm 2013
Teruskan Membaca:
  1. Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2013
  2. Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2013
  3. Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2012 Sabah Dan Sarawak
  4. Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM 2011 Tingkatan 4
  5. Semakan Keputusan Rayuan MRSM 2012 Tingkatan 1 Ambilan Kedua
  6. Tarikh Keputusan Permohonan MRSM Tingkatan 4 2012


Sumber: Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2013 | melvister.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...