Nuffnamg

Showing posts with label Aidilfitri 1433H. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri 1433H. Show all posts

Sunday, August 26, 2012

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Seminggu lebih tanganku tak menulis


Menurut Takwim Persekolahan 2012, Kumpulan A (Sekolah-Sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu) akan meneruskan sesi persekolahan selepas cuti Pertengahan Penggal Kedua pada 26 Ogos 2012 (Ahad).
Baki hari persekolahan pada tahun 2012 ialah 56 hari termasuk 1 hari persekolahan menggantikan cuti peristiwa (16/08/2012 hari khamis yang akan digantikan pada 8 September 2012. Cuti Persekolahan akhir tahun akan bermula pada 9 November 2012.

Manakala, Kumpulan B (Sekolah-Sekolah di Negeri Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Serawak Dan Wilayah Persekutuan) akan meneruskan sesi persekolahan selepas cuti Pertengahan Penggal Kedua pada 27 Ogos 2012 (Isnin).
Baki hari persekolahan pada tahun 2012 ialah 57 hari termasuk 2 hari persekolahan menggantikan cuti peristiwa (16dan 17/08/2012 hari khamis dan Jumaat yang akan digantikan pada 8 dan 22 September 2012.(Rujuk Surat Siaran Bil 26 Tahun 2012)  Cuti Persekolahan akhir tahun akan bermula pada 10 November 2012.


Tuesday, August 21, 2012

Puasa Sunat Enam Hari Bulan Syawal

KELEBIHAN PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL





Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Saturday, August 18, 2012

Pengistiharan Tarikh Hari Raya Idul Fitri 1433H

Pengumuman Tarikh Hari Raya Idul fitri 2012



Pengumuman Pengistiharan Tarikh Hari Raya Aidulfitri 1433 telah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial  Syed Ahmad di Saluran Radio dan TV seluruh Malaysia.

Umat Islam di negara ini akan meyambut 1 Syawal 1433 H @ 19 Ogos 2012.


DI KESEMPATAN INI SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARA RAYA AIDULFITRI KEPADA SEMUA PEMBACA BLOK INI.

Friday, August 17, 2012

Jangan lupa Zakat

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri 2012




Kadar zakat fitrah yang ditetapkan diseluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2012|1433H tidak begitu ketara perubahannya dari segi penurunan atau kenaikan.
 Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri  2012

Sumber:

Sejarah Zakat


Sejarah Idul Fitri

Adul Fitri kali ke 1432 kali



Hari raya Idul Fitri untuk pertama kalinya dirayakan umat Islam, selepas Perang Badar yang terjadi pada 17 Ramadhan 2 Hijriah. Dalam pertempuran itu, umat Islam meraih kemenangan. Sebanyak 319 kaum Muslimin harus berhadapan dengan 1.000 tentara dari kaum kafir Quraisy.

Pada tahun itu, Rasulullah SAW dan para sahabat merayakan dua kemenangan, yakni keberhasilan mengalahkan kaum kafir dalam Perang Badar dan menaklukkan hawa nafsu setelah sebulan berpuasa. Menurut sebuah riwayat, Nabi SAW dan para sahabat menunaikan shalat Ied pertama dengan kondisi luka-luka yang masih belum pulih akibat Perang Badar. Rasulullah SAW pun dalam sebuat riwayat disebutkan, merayakan Hari Raya Idul Fitri pertama dalam kondisi letih. Sampai-sampai Nabi SAW bersandar pada Bilal RA dan menyampaikan khutbahnya.

Sumber: http://globalcendekiaschool.blogspot.com/2011/08/sejarah-idul-fitri.html

Tuesday, August 14, 2012

Thursday, August 9, 2012

Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

10 Malam Terakhir Ramadhan



  1. Lailatul Qadar: Tips Untuk 10 Malam Terakhir Ramadhan
  2. Amalan Rasulullah di 10 Malam Terakhir Ramadhan


Download Lagu Raya

     Selamat  Menyambut Idulfitri 1433H     

Download Lagu raya 

n



IKLAN SAMBUTAN HARI RAYA PETRONAS 2012


Iklan Hari Raya merupakan salah satu perkara yang paling dinanti oleh ramai orang termasuk aku sendiri pabila musim perayaan semakin hampir. Dan iklan yang sering mendapat tumpuan ramai setiap tahun pastinya iklan yang dihasilkan oleh PETRONAS, sebab nya kebanyakan iklan mereka sangat menyentuh perasaan dan mempunyai maksud yang tersendiri.

Contohnya seperti iklan raya Petronas tahun 2006, ia memaparkan kisah menantu lelaki dan anak perempuan yang derhaka terhadap bapa mereka apabila memaksa orang tua itu makan sendiri di luar menggunakan meja kayu, pinggan dan cawan plastik.

Namun, selepas mendengar ungkapan kedua-dua anak kecil mereka mengatakan apabila mereka dewasa kelak, kedua-dua ibu bapa mereka harus tinggal di luar rumah. Barulah suami isteri ini berasa insaf dan menyesali perbuatan mereka yang boleh dikatakan sangat keterlaluan itu.

Walaupun ini bukan idea baru, apa yang paling penting mesej yang disampaikan. Secara tidak langsung ia sebenarnya cuba mengingatkan kita supaya tidak sekali-kali menderhaka kepada orang tua kita kerana tidak mustahil anak-anak kita satu hari nanti akan membuat perkara sama apabila mereka sudah dewasa.

Iklan Hari Raya PETRONAS 2012


Iklan Hari Raya PETRONAS 2012






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...