Tahniah kepada calon yang berjaya. Sila muat turun Panduan Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 IMTIAZ Sesi 2012 melalui capaian di bawah dan sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
Nuffnamg
Tuesday, November 20, 2012
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TING 1 SEK MEN IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU 2013
PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU (1)
SEKOLAH MENENGAH imtiaz YAYASAN TERENGGANU
-- TAHUN 2013 --
-- TAHUN 2013 --
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Terengganu atau telah bermastautin di Terengganu yang mendapat 5A Sahaja dalam Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 untuk kemasukan ke tingkatan satu tahun 2013 :-
1. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Besut
2. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Dungun
3. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang
4. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
5. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman
2. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Dungun
3. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang
4. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
5. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman
Permohonan secara ‘on-line’ melalui laman web www.myimtiaz.com.my atau www.ytrg.terengganu.gov.my , setelah keputusan UPSR 2012 diumumkan.Tarikh tutup permohonan 10 hari selepas keputusan UPSR 2012 diumumkan secara rasmi.
Syarat-syarat kemasukan:-
1. Permohonan mestilah warganegara Malaysia
2. Permohonan perlulah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2012.
3. Permohonan merupakan Anak Terengganu.
a. Bapa atau/dan ibu lahir di Terengganu ATAU
b. Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun
dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
1. Permohonan mestilah warganegara Malaysia
2. Permohonan perlulah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2012.
3. Permohonan merupakan Anak Terengganu.
a. Bapa atau/dan ibu lahir di Terengganu ATAU
b. Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun
dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
4. Pelajar yang bukan anak Terengganu boleh juga memohon tetapi keputusan adalah bergantung kepada peruntukankouta 10% untuk pelajar bukan anak Terengganu.
5. Lulus dalam sesi temuduga.
5. Lulus dalam sesi temuduga.
Permohonan `on-line’ boleh dibuat di setiap Sekolah Menengah imtiaz, Pusat Bestari.Comm di DUN masing-masing ,
Calon yang layak memohon awal (Pre-Online) untuk dapatkan ID bolehlah menggunakan keputusan percubaan UPSR 5A atau 4A 1B. Keputusan sebenar perlu dikemaskini dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan UPSR diumumkan.
Penempatan pelajar ke Sekolah-sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu adalah berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu
Calon yang tidak Pre-Online tetapi mendapat 5A UPSR 2012 layak memohon dalam tempoh 10 hari keputusan UPSR diumumkan.
UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN PENGURUSAN IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU
Tingkat Tiga, Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu
Tel: 09-6221733 Faks: 09-6232944
(*) Temuduga akan dibuat kepada semua pelajar yang memilih untuk memasuki sekolah ini.
(Kehadiran dan komitmen Ibu bapa / penjaga juga diambil kira dalam pemilihan pelajar)
”ULUL ALBAB MENCIPTA ZAMAN”
Wednesday, November 14, 2012
Semakan Keputusan UPSR 19 November 2012 Guna sms
Semakan keputusan UPSR 19 November 2012 guna SMS
Selain mendapatkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menerusi sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari tersebut,calon boleh membuat semakan keputusan melalui perkhidmatan sistem mySMS 15888
Keputusan boleh disemak menggunakan SMS pada 19 November ini mulai jam 10 pagi sehingga jam 11.59 malam,25 November 2012
Format penghantaran sms adalah seperti berikut
Taipkan
UPSR (Angka giliran) dan sms ke 15888
Contoh
UPSR AZ1211221 sms ke 15888
Ataupun rujuk cara penghantaran semakan pada gambar dibawah
Semakan Panggilan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan Tahun 2013
Semakan keputusan secara online (atas talian) nama calon yang berjaya di temuduga bagi mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI-SR) j-QAF Mod LPBS Ambilan Tahun 2013 (sebelum ini dikenali sebagai Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF)
Semakan boleh dibuat mulai 12 November 2012
Contoh paparan aplikasi semakan
Untuk mengetahui keputusan panggilan temuduga,calon perlu membuat semakan dengan melayari aplikasi permohonan program penguruan Kementerian Pelajaran Malaysia,klik pada tajuk pautan yang disertakan
Thursday, October 18, 2012
Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2013
Permohonan Program Matrikulasi 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka permohonan kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014 mulai 1 Julai 2012 yang lalu. Para pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 boleh memohon untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM ini.
Jurusan/Aliran Program Matrikulasi
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan jurusan dan aliran berikut :


- Jurusan Sains (M001)
- Jurusan Perakaunan (M003)
- Aliran Teknikal (M007)
Jangka Masa Program
Program Matrikulasi KPM akan mengambil masa;
- Dua semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
- Empat semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)
Pengambilan Pelajar
Pengambilan pelajar dibuat seperti berikut;
- Pada bulan Mei bagi PST.
- Pada bulan Jun bagi PDT.
Kelayakan Memohon Program Matrikulasi
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon adalah pelajar bumiputera yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2013.
- Pelajar bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon.
- Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2012.
- Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
- Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
- Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.
Kelayakan Minimum Akademik PST
Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) ialah seperti berikut :
Jurusan Sains (M001)
- C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
- B dalam Matematik
- C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi
Jurusan Perakaunan (M003)
- C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
- E dalam Matematik Tambahan
- C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)
Aliran Teknikal (M007)
- C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
- B dalam Matematik dan Lukisan Kejuruteraan
- E dalam Kimia
- C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
Kelayakan Minimum Akademik PDT
Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) ialah seperti berikut :
- C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
- D dalam Matematik Tambahan
- C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)
Mata Merit Permohonan Matrikulasi
Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan. Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi. Pengiraan merit mengambil kira 90% akademik dan 10% kokurikulum.
Sila buat search “mata merit matrikulasi” dan baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya. Mereka yang gagal mendapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun ada kemungkinan akan dipertimbangkan bagi mengikuti Program Matrikukasi Dua Tahun.
Cara Memohon Program Matrikulasi
Permohonan ke Program Matrikulasi boleh dibuat melalui permohonan melalui internet (PMI). Sebelum mengisi borang permohonan, pemohon perlu mempunyai Nombor Pengenalan Individu (NPI) yang boleh diperolehi di mana – mana cawangan BSN dengan bayaran RM6.00.
Pemohon boleh juga mendapatkan nombor ini melalui guru atau kaunselor sekolah.
Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut;
Sila rujuk juga pautan berikut untuk maklumat tambahan;
- Panduan Mengisi Borang
- Borang Permohonan Matrikulasi PMI
- Kemaskini Permohonan Matrikulasi
- Semakan Permohonan Matrikulasi
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi 2013 pada 10 Oktober 2012 telah dilanjutkan kepada 30 November 2012.
- Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
Semakan Permohonan Matrikulasi
Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2013 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.
Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi
Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2013 untuk mengetahui status permohonan.
Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi
Surat tawaran perlu dicetak sendiri oleh calon yang berjaya dan membawanya bersama semasa mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh yang ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut mengenai surat tawaran dengan menghubungi terus kolej yang ditawarkan.
Penempatan Kolej Matrikulasi
Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila rujuk senarai Kolej Matrikulasi dan pautan ke laman web mereka di Program Matrikulasi KPM
Rayuan Permohonan Matrikulasi
Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2013 nanti. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).
Pertanyaan
- Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau Program Matrikulasi KPM atau hubungi Sektor Hal Ehwal Pelajar Matrikulasi di talian telefon 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028.
- Anda boleh juga datang sendiri ke Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Aras 6 – 7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Wednesday, October 17, 2012
SEMAKAN PLKN 2013 SIRI 10

Infosemakan PLKN Online 2013ini adalah bagi Program LatihanKhidmat Negara tahun 2013. SemakanPLKN 2013untuk siri 10 ini boleh disemak secara online bagi mereka yang berkaitan dan semestinya perlu menghadirkan diri kecuali yang betul-betul bersebab melalui pengesahan dari institusi yang ditetapkan. Untuk membuat semakan nama calon PLKN 2013 ini calon boleh membuat semakan secara online menurut 3 pautan yang disertakan melalui laman rasmi Khidmat Negara .
Cara membuat semakan PLKN 2013
Untuk membuat semakan boleh terus ke pautan dibawah :
Diharapkan bagi yang ingin menyertai PLKN dapat ditawarkan. Bagi yang tidak berminat tetapi namanya tersenarai perlulah menerimanya dengan hati terbuka dan bersedia belajar untuk menyesuaikan diri ketika PLKN nanti. Bagi yang mempunyai masalah tidak dapat menyertai PLKN, bolehlah membuat rayuan melalui borang yang disediakan di Portal Rasmi PLKN ataupun boleh belajar prosedur membuat rayuan melalui maklumat kami sebelum ini. Semoga Semakan PLKN 2013 ini membantu sedikit sebanyak maklumat calon-calon PLKN 2013. Selamat mengikuti Program PLKN 2013.
Sumber :Semakan PLKN 2013 Siri 10 Khidmat Negara
Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013

Aliran
Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menyediakan 4 aliran utama;
- Pendidikan Teknikal
- Pendidikan Vokasional
- Latihan Kemahiran
- Pendidikan Asas Vokasional
Pendidikan Teknikal
Bidang teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran teknikal menyediakan 5 kumpulan pakej kursus iaitu;
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Elektrik
- Perdagangan
- Sains Pertanian.
Pendidikan Vokasional
Pendidikan vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Pendidikan vokasional menyediakan 7 kumpulan kursus iaitu;
- Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
- Teknologi Kejuruteraan Awam
- Hospitaliti
- Perniagaan
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Pertanian
Latihan Kemahiran
Latihan kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Latihan kemahiran menyediakan 18 pakej kursus iaitu;
- Pemesin Am
- Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
- Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
- Juruteknik Automotif
- Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
- Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
- Furniture Maker
- Jurubina Bangunan
- Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
- Jurupaip
- Juruteknik Elektrik
- Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
- Demi Chef
- Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
- Pendandan Rambut
- Jurukecantikan
- Juruteknik Akuakultur
- Pekerja Ladang Pertanian
Pendidikan Asas Vokasional
Kursus Rintis Program Pendidikan Asas Vokasional pula dijalankan di 15 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan menawarkan 11 kursus.
Kursus yang ditawarkan adalah Pakaian dan Jahitan, Menservis Motosikal, Membuat Perabot, Automotif, Tanaman, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penyediaan dan Penyajian Makanan, Akuakultur, Pendawaian Elektrik, Hiasan Dalaman, Visual dan Animasi
Senarai Kolej, Sekolah & Kursus
Sila rujuk Unjuran Kolej, Sekolah & Kursus untuk menyemak kursus yang ditawarkan di setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.
Syarat Umum
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah:
- Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
- Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
- Kesihatan diri pemohon:
- Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
- Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
- Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.
Syarat Khusus
- Pendidikan Teknikal – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
- Pendidikan Vokasional
- Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
- Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
- Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
- Latihan Kemahiran – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.
Maklumat lebih terperinci sila rujuk Syarat Khusus SMT & KV
Permohonan
- Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:
- Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 .
- Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.
- Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.
Temuduga
- Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
- Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2012 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 adalah pada 30 Disember 2012.
Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula.
Rayuan Kemasukan
Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melalui online atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.
Pertanyaan & Maklumat
- Sila kunjungi laman web Permohonan Atas Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM untuk maklumat lanjut.
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke SMT / SMV / KV 2010, 2011 dan 2012 sebagai panduan.
- Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my
Baca di: http://eputra.com/permohonan-sekolah-menengah-teknik-dan-kolej-vokasional-2013/#ixzz29UAGxf5y
Under Creative Commons License: Attribution
Thursday, October 4, 2012
Semakan calon layak Temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2013
Adalah dimaklumkan bahawa semakan calon layak temudugaBiasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2013 boleh mula disemak mulai 24 September 2012 (Isnin) melalui url http://apps.moe.gov.my/ehlp/temuduga/
Permohonan SBP Tingkatan 1 2013 Sekolah Berasrama Penuh Sumber: Permohonan SBP Tingkatan 1 2013 Sekolah Berasrama Penuh
Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tingkatan 1 tahun 2013 secara online akan dibuka mulai 15 September ini. Permohonan ini dibuka kepada semua calon UPSR 2012. Permohonan ke SBP ini akan dilaksanakan secara online yang akan bermula 15 September 2012 sehingga 31 Oktober 2012. Satu taklimat khas kepada Guru Besar, Pengetua dan GPK Hem masing-masing akan disampaikan nanti oleh JPN dan PPD.
Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata syarat baru itu bertujuan membantu dua kategori murid itu mendapat pembelajaran yang lebih sempurna dan memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP.
“Matlamat utama adalah supaya murid-murid ini akan mendapat kelulusan pada peringkat tertinggi dan mampu untuk merubah taraf hidup keluarga mereka ke arah kehidupan yang lebih berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan Jumaat.
Antara kriteria pemilihan murid ke SBP sebelum ini ialah keputusan 5A dalam UPSR dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Muhyiddin berkata kementerian sedar murid-murid daripada keluarga miskin dan murid dari sekolah luar bandar ramai yang ketinggalan dan kurang mampu untuk mendapatkan bantuan seperti kelas tambahan berbayar selain ada yang tidak dapatmenumpukan kepada masa pembelajaran yang sempurna kerana hidup keluarga yang susah.
“Kementerian juga mendapati pendedahan kelompok ini kepada pembelajaran am dan dunia luar amat terhad disebabkan oleh kedudukan rumah, sekolah dan keluarga mereka yang kurang mampu,” katanya.
Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran sentiasa memikirkan dan mengambil langkah untuk membantu para pelajar yang tidak berkemampuan dan yang ketinggalan seperti pelajar miskin dan pelajar di luar bandar.
Menurut kenyataan itu, pelajar miskin dikategorikan berdasarkan pendapatan keluarga yang merujuk kepada ketetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Mengikut Wilayah 2007 iaitu sebanyak RM720 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, RM960 sebulan bagi Sabah dan Labuan serta RM830 sebulan bagi Sarawak.
Menurut data lokasi sekolah Kementerian Pelajaran, sebanyak 4,319 sekolah rendah dikategorikan sebagai lokasi luar bandar manakala 830 buah lokasi pedalaman. – BERNAMA
Permohonan SBP Tingkatan 1 Tahun 2012 Secara Online
Permohonan boleh dibuat dengan melayari http://parents.sekolahmalaysia.com/ mulai 15 September ini. Applikasi permohonan akan dibuka pada tarikh tersebut.
Untuk panduan memohon, sila layari Panduan Permohonan SBP
Syarat Kelayakan Minimum Kemasukan SBP Tingkatan 1
Mendapat 4A Dan 1B dan subjek wajib mendapat A adalah Bahasa Melayu, Matematik, Sains Dan Bahasa Inggeris
Rujuk Syarat Baru Kemasukan Ke SBP
Syarat baru kemasukan ke sekolah menengah sains atau berasrama penuh bagi tahun 2012 nanti. Kementerian Pelajaran menggubal syarat baru kelayakan minimum kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu keputusan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) 3A 2B bagi murid daripada keluarga miskin dan 4A 1B bagi murid luar bandar, mulai tahun depan.Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata syarat baru itu bertujuan membantu dua kategori murid itu mendapat pembelajaran yang lebih sempurna dan memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP.
“Matlamat utama adalah supaya murid-murid ini akan mendapat kelulusan pada peringkat tertinggi dan mampu untuk merubah taraf hidup keluarga mereka ke arah kehidupan yang lebih berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan Jumaat.
Antara kriteria pemilihan murid ke SBP sebelum ini ialah keputusan 5A dalam UPSR dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Muhyiddin berkata kementerian sedar murid-murid daripada keluarga miskin dan murid dari sekolah luar bandar ramai yang ketinggalan dan kurang mampu untuk mendapatkan bantuan seperti kelas tambahan berbayar selain ada yang tidak dapatmenumpukan kepada masa pembelajaran yang sempurna kerana hidup keluarga yang susah.
“Kementerian juga mendapati pendedahan kelompok ini kepada pembelajaran am dan dunia luar amat terhad disebabkan oleh kedudukan rumah, sekolah dan keluarga mereka yang kurang mampu,” katanya.
Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran sentiasa memikirkan dan mengambil langkah untuk membantu para pelajar yang tidak berkemampuan dan yang ketinggalan seperti pelajar miskin dan pelajar di luar bandar.
Menurut kenyataan itu, pelajar miskin dikategorikan berdasarkan pendapatan keluarga yang merujuk kepada ketetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Mengikut Wilayah 2007 iaitu sebanyak RM720 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, RM960 sebulan bagi Sabah dan Labuan serta RM830 sebulan bagi Sarawak.
Menurut data lokasi sekolah Kementerian Pelajaran, sebanyak 4,319 sekolah rendah dikategorikan sebagai lokasi luar bandar manakala 830 buah lokasi pedalaman. – BERNAMA
Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2013
Permohonan MRSM 2013 bagi Tingkatan 4 akan dibuka pada awal bulan oktober ini. Semua calon PMR tahun ini boleh memohon secara online pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu 1 Oktober 2012. Berikut adalah syarat dan panduan calon membuat permohonan MRSM.

Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia
Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM
Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains
Sabah Dan Sarawak
Syarat kemasukan bagi sabah dan sarawak adalah berbeza sama sekali. Untuk melihat syarat terperinci kemasukan calon dari sabah dan sarawak, sila layari SYARAT MRSM SABAH & SARAWAK
Cara Buat Permohonan MRSM 2013
atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 1 hingga 19 Oktober 2012. Pemohon boleh mengisi borang
permohonan secara online mulai tarikh tersebut.
2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2012 yang disahkan benar
serta angka giliran PMR 2012, semasa mendapatkan kata laluan.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan secara online dan
memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2013)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.
Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang MARA mulai 1 Oktober 2012 ini.
Tarikh Tutup
Tarikh tamat permohonan adalah pada 19 Oktober 2012 ini. Semakan keputusan MRSM boleh disemakan mulai februari 2013.
Sumber: Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2013 | melvister.com
Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2013
Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 sesi 2013. Pihak MARA mempelawa semua pelajar atau calon lepasan UPSR untuk mengemukakan permohonan Maktab Rendah Sains Mara bagi yang berkelayakan. Perlu diingatkan bahawa borang MARA akan dapat diakses setelah keputusan UPSR 2012 diumumkan pada bulan november nanti.

Bila Permohonan MRSM Tingkatan 1 Dibuka
Permohonan ke MRSM akan dibuka pada sebaik sahaja keputusan UPSR 2012 diumumkan secara rasmi.
Cara Permohonan kemasukan MSRM Tingkatan 1 2013
Dapatkan Nombor Pin / Kata Laluan
1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Negeri atau Daerah atau MRSM yang berdekatan untuk mendapatkan kata laluan secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2012 diumumkan secara rasmi.
2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2012 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
Cara Isi Borang Online1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
3.Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
Permohonan ke Tingkatan Satu,
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19,
Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
3.Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
Permohonan ke Tingkatan Satu,
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19,
Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
4. Borang juga boleh dihantar di Pejabat MARA daerah atau negeri yang terdekat.
Incoming search terms:
- Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1
- permohonan mara tingkatan 1 2013
- alamat mrsm tingkatan 1 2013
- permohonan mrsm tingkatan satu 2013
- kemasukan ke mara 2013
- kemasukan mara 2013
- borang kemasukkan ke mrsm 2013
- permohonan tingkatan 1 mara 2013
- permohonan ting 1 2013
- kemasukan pelajar tingkatan 1 ke mrsm 2013
- Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2013
- Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2013
- Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2012 Sabah Dan Sarawak
- Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM 2011 Tingkatan 4
- Semakan Keputusan Rayuan MRSM 2012 Tingkatan 1 Ambilan Kedua
- Tarikh Keputusan Permohonan MRSM Tingkatan 4 2012
Sumber: Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2013 | melvister.com
Subscribe to:
Posts (Atom)

